Monday, August 23, 2010

Warkah Dari Ayahanda

WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR
KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2010 negeri Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 Setember 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi penganti diri ayahanda dan sesunguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kajayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanada jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. sifat putus asa dan bertanguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah Melayu "Malu Bertanya Sesat Jalan". Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor-kaunselor yang gemilang dan guru-guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai. Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka , anakanda akan menjadi pelajr luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana "Masa Itu Emas". Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasi sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai "Johor Top 5" tahun ini. selmata menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda,
(HAJI SUFA'AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010

Wednesday, August 11, 2010

TAKLIMAT "e-GTukar" ONLINE SEKOLAH RENDAH BAGI PERTUKARAN DISEMBER 2010

Kepada semua GPK (Pentadbiran) SK, SJKC & SJKT

Satu Taklimat "e-Tukar" online bagi pertukaran Disember 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan SK Parit Raja

Sekian untuk makluman Tuan/Puan